RM350,000 Diperlukan Untuk Dana Pembinaan dan Pembangunan Pesantren AlHafidz Ibnu Hajar
Akademi AlHafidz Ibnu Hajar ditubuhkan bagi tujuan
mencari dana pembinaan dan pembangunan untuk Pesantren
AlHafidz Ibnu Hajar yang terletak di Puncak Lawang, Bukit Tinggi, Indonesia.
Itu tidak termasuk 15 orang kakitangan termasuk tenaga pengajar, tukang masak dan pengurusan yang tetap gigih mengajar walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Penubuhan dan pembinaan Pesantren ini juga adalah daripada hasil sumbangan dan derma daripada orang ramai yang pemurah dan baik hati.
Pada awal tahun 2020, sebelum wabak COVID-19
melanda dunia, pihak kami berpeluang berkunjung sendiri ke pesantren ini dalam
misi bantuan dan melihat sendiri betapa dhaifnya prasarana dan kemudahan yang
ada disana.
Atas dasar Dakwah dan semangat saudara seagama
tanpa mengira Batasan sempadan negara, kami berusaha untuk jalankan kempen
kutipan dana bagi sama- sama membantu saudara seagama kita dalam usaha
menyebarkan syiar agama di muka bumi ini.
Setelah berbincang dengan mudir/ pengetua pesantren ini iaitu Ustaz Efendi Syamsuar, Beliau memaklumkan yang Dana yang diperlukan untuk menyiapkan semua prasarana ini adalah sekitar RM350,000. Selain itu, kos pengurusan yang mereka perlukan setiap bulan adalah sekitar RM15,000 bagi menampung keperluan harian 83 pelajar yang belajar secara percuma selain kos pengurusan serta gaji kakitangan dan tenaga pengajar.

Gambar sekitar kunjungan kami kesana (keadaan surau yang mereka gunakan buat masa ini)
.jpg)
Projek pembinaan masjid di pesantren AlHafidz Ibnu Hajar
.jpg)
Tapak projek pembinaan rumah guru di Pesantren AlHafidz Ibnu Hajar
Surau dan juga ruang mengaji di Pesantren ini yang diperbuat daripada papan dan dalam keadaan terbuka.
tapak projek pembinaan asrama pelajar perempuan
pelajar dan masyarakat setempat bekerjasama untuk membuat takungan air daripada bukit untuk dapatkan sumber air bersih.
INILAH KEADAAN
PESANTREN ALHAFIDZ IBNU HAJAR INI YANG AMAT MEMERLUKAN BANTUAN &
SUMBANGAN DARIPADA TUAN/PUAN
Hasil sumbangan ini akan gunakan untuk :
✅Pembinaan Perpustakaan
✅Pembinaan Rumah Guru dan Asrama Perempuan.
✅Biaya pengurusan dan makanan para pelajar.
✅Makanan Sahur dan Berbuka para Pelajar sepanjang Ramadhan

Kami mengajak tuan puan untuk sama-sama menyumbang dan mengambil bahagian dalam usaha menyebarkan dakwah dan syiar agama ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira batasan sempadan negara. Inilah harta simpanan yang akan membantu kita diakhirat kelak. Inilah saham akhirat yang modalnya kita laburkan di dunia, untungnya kita kutip di akhirat nanti.
Bayangkan, duit yang kita sedekahkan ini digunakan
dan dimanfaatkan oleh mereka yang menghafaz Al Quran dan belajar Ilmu Agama dan
mereka inilah yang akan menyebarkannya kepada masyarakat pada masa akan datang.
InsyaAllah pahalanya akan berpanjangan.
“Dan ingatlah, apa jua kebaikan yang kamu kerjakan
sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada
sisi Allah” [Surah al-Muzammil: 20]
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUMBANGAN?
Tuan Puan boleh membuat sumbangan dengan memilih
pakej :
1) Pakej Diamond (RM1000)
2) Pakej Emerald (RM500)
3) Pakej Gold (RM300)
4) Pakej Silver (RM100)
5) Pakej Bronze (RM50)
6) Pakej Saguhati (sumbangan seikhlas hati)
Semoga dengan hasil sumbangan ini
dapat lagi kita memartabatkan agama Islam di serata dunia. .
Akademi Alhafidz Ibnu Hajar
Tolong letakkan reference "SUMBANGAN "
untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment
gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar
pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment
gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi : +6013 5891847
(TUAN AZRAI -WAKIL AKADEMI AL HAFIZ
IBNU HAJAR).